Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Wednesday, July 4, 2012

Choc Bun with Apricot

Hurm roti lagi? sbb masih blum satisfied ngan karya sendirik. Cooking is your satisfaction? tepuk dada tanye selera. Kali ni saya teringin yg buat roti yang bercoklat plak.. tgk page Hana, trus generate idea utk uli2 tepung sambil menonton tibi.
Ni resepi Basic dough. leh campur apa2 ikut citarasa korang

Bahan-Bahan  *sy buat half adunan 38g per biji, dpt total 16 biji
500g tepung gandum@tepung roti
100g gula - sy letak 140g
30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
11g yis mauripan@sebungkus
1sk garam
1sk bread improver - optional
1sk bread softener - optional
80g butter@marjerin
250ml air@susu segar
1 biji telur - kacau sedikit

Bahan Tambahan (mengikut citarasa)
setengah cawan kismis/apricot - cincang
1sb serbuk koko
1/2sk coklat emulco - optional


Cara-cara (Manual-coz Bread Maker xder)
1.Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Biarkan doh naik 1.5jam.
2.Bulat2kan doh. Sy timbang lebey kurang 38-40g sebijik. Dapat dalam 16 bijik aka 1 loyang. Letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembab, biar 1 jam hingga naik sekali ganda.
3.Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 15-20min atau sehingga masak.
*Sy Double check utk 15 minit pertama dulu utk make sure roti masak atasnya. Kemudian, pasang api bawah jer
4.Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas reda.


Monday, July 2, 2012

RainBow PudDiNg

Rase da lamer x berblog..  Hubby just done with his knee operation. left knee arthroscopy @t KPJ shah alam. 2 days warded and now hibernate mode at home.. 
Recently pon bz..balik kampung laa.. anto mak pi umrah..mak balik, mentua plak gi..so kurang masa berlibur di laman sesawang~ hihi.
Arini sy masak nasi minyak,gulai ayam and rainbow pudding for our fren yg dtg visit hubby dirumah. Nasi minyak da abes mkn x sempat capture pic dulu. Dan sy nk share resepi rainbow pudding yg diceduk from ipar ;)

Bhn2 Puding (anggaran 2 loyang) - sy buat half utk 6 org mkn jer
- sepeket agar (37.5g)
- 6 biji telur
- 1/2 tin susu cair
- 2 sb tepung kastard
- 2 senduk gula
- 7 gelas air (sy letak 8 gelas)

Bhn2 utk kuah
-11/2 tin susu cair
-11/2 gelas air
-1 senduk gula
- 1sb tepung kastard

**boley ditambah buah koktail - ikut citarasa korang

Cara-cara (puding)
A. Agar2 masak dgn 7 gelas air bersama gula . kemudian di tapis. kalo malas, x perlu tapis..hehe
B. Telur + susu + tepung kastard di pukul hingga berbuih

1.Kemudian A + B dipanaskan sehingga 2 minit dgn api perlahan.
2.Bahagikan kepada 3 bhgn utk letak warna2 yg disukai semasa adunan panas.Kacau utk elak berketul-ketul
3.Sy guna gelas utk kelainan kali ni. Boley jugak gunakan loyang. lapiskan setiap warna dan tunggu 5 minit utk lapis seterusnya. Ini utk elakkan warna bercampur dalam gelas

Cara-cara (kuah)
-Cmpurkan semua bahan2 - dimasak dengan api yg perlahan 10 minit