Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Friday, October 21, 2011

Apple Crumble

Hulaaa..
kali ni kter mau try apple crumble recipe... since apple dalam peti berlambak..hihi..
ni resepinyer yg diceduk dalam internet.
resepi asal dari: http://ovenkecil.blogspot.com/2011/03/apple-dates-crumble.html

**pic @semekcomei blog lamer. skang da tuko name..coz pikir name semekcomei macam perasan jer..:P


Bahan-bahan A :
4 biji epal hijau
10 biji buah kurma
1/4 cawan kismis
1 Tbsp gula pasir
1. Kupas kulit epal dan hiris-hiris seperti di atas. Kalau nak potong dadu pun boleh jugak. Masukkan ke dalam sebuah bekas.
2. Epal td di campurkan dengan kismis serta buah kurma yang dihiris-hiris.
3. Gaul rata.
4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak di dalam oven.
Ketepikan.




Bahan-bahan B (crumble) :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan butter pada suhu bilik
1/4 cawan gula perang
1/4 tsp serbuk kayu manis (tak nak letak pun tak apa)

Chocolate rice dan sugar ball untuk hiasan
1. Satukan semua bahan kecuali bahan hiasan ke dalam sebuah mangkuk.
2. Gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
3. Taburkan ke atas bahan A di dalam bekas pembakar tadi rata-rata. Tidak perlu ditekan-tekan atau dimampatkan.
4. Taburkan bahan hiasan. Naz taburkan juga 1 Tbsp gula perang di permukaan crumble. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 30 minit atau sehingga keperangan.



cam ni lah lebey kurang. kamera hp kualiti mmg sangat x bagus.. :P

Review: sedap and krunchy! Cume x boley mkn byk sebab manis.. kekek kalo nk wat next time ken kurangkan gula. Hubby pon suke..boley cube next time

Thursday, October 6, 2011

Moist Choc cake

Today kiter try baking moist choc cake pulak.. menurut review blog2 cake ni sedap... ape kater kter cube jer laa.. ni resepinyer. Tp dimodify sikit based on pengalaman lepas and other recipe ;)

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat (sy letak susu segar biase jer)
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum (sy letak 1 3/4 cwn sjh)
**ayak sume bahan B


Topping
1/2 cawan koko (jenama x kesah)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
sesudu tepung jagung
2 bijik kuning telur

Cara-cara:
1.Pukul telur hingga kembang
2.Masukkan gula dan pukul lagi bia kembang sikit
3.Kemudian masukkan minyak masak
4. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 160 degree selama 40 minit atau sehingga masak

•Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak da larut sume. bile kek sejuk, letak toping atas tuh. boleh jugak letak hirisan choc (depend atas kreativiti). but me malas sikit..hehehe...





Ni la hasilnyer lebey kurang.. maybe next time nk try with better decoration..
selamat mencuba!