Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Friday, October 21, 2011

Apple Crumble

Hulaaa..
kali ni kter mau try apple crumble recipe... since apple dalam peti berlambak..hihi..
ni resepinyer yg diceduk dalam internet.
resepi asal dari: http://ovenkecil.blogspot.com/2011/03/apple-dates-crumble.html

**pic @semekcomei blog lamer. skang da tuko name..coz pikir name semekcomei macam perasan jer..:P


Bahan-bahan A :
4 biji epal hijau
10 biji buah kurma
1/4 cawan kismis
1 Tbsp gula pasir
1. Kupas kulit epal dan hiris-hiris seperti di atas. Kalau nak potong dadu pun boleh jugak. Masukkan ke dalam sebuah bekas.
2. Epal td di campurkan dengan kismis serta buah kurma yang dihiris-hiris.
3. Gaul rata.
4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak di dalam oven.
Ketepikan.




Bahan-bahan B (crumble) :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan butter pada suhu bilik
1/4 cawan gula perang
1/4 tsp serbuk kayu manis (tak nak letak pun tak apa)

Chocolate rice dan sugar ball untuk hiasan
1. Satukan semua bahan kecuali bahan hiasan ke dalam sebuah mangkuk.
2. Gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
3. Taburkan ke atas bahan A di dalam bekas pembakar tadi rata-rata. Tidak perlu ditekan-tekan atau dimampatkan.
4. Taburkan bahan hiasan. Naz taburkan juga 1 Tbsp gula perang di permukaan crumble. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 30 minit atau sehingga keperangan.



cam ni lah lebey kurang. kamera hp kualiti mmg sangat x bagus.. :P

Review: sedap and krunchy! Cume x boley mkn byk sebab manis.. kekek kalo nk wat next time ken kurangkan gula. Hubby pon suke..boley cube next time

2 comments:

nYomeL said...

catch u~!! BTW, nampak yummy..
bile nak masak utk i pulak ni..?? ;)

nYomeL said...

hoyeahhh..!! ok. i tuntut nnt. ;)