Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Sunday, March 25, 2012

Chicken's Fingers ala AFC

Last few days i do watch AFC #703 @t astro. Actually  i love to watch this # during my leisure time but never try any recipe from them. I wonder... every facial expression from them (the chef) really makes the food looks tempting. Pendek cite, 'perasan bagus' kan? hehehe. but for me, its very subjective to judge...
BTW, i watch 1 simple recipe from the tv show -'Good Chef, Bad Chef' . The chicken's fingers a bit different since they put yogurts instead of eggs (yg bese ke buat kat rumah). So, i decide to try ...
here's the Ingredient + ur chicken's strips


1. Mix ur chicken's strips with 3 tblspn of yogurts.
2. Add some peppers and a pinch of salt
3. Then dip into Breadcrump
4. Fry until golden brown and juices run clear. Drain on paper towels.





Easy rite? For me i still like the malay taste (use eggs instead of yogurt).. This yogurts gives u a bit sour and creamy taste to the recipe. Anyways, its a good try!- (since chef dlm afc slalu ckp 'good'.'.great'..etc :P)

Thursday, March 22, 2012

Banana Walnut Muffin

Last 3 weeks i do join baking class with Bagus Bakery, Shah Alam. Other new way to enjoy free time instead of shopping. ^^
The class start 10am to 2pm. But i do come late..(since i just call them at 10am to join)..hahaha.. then missed 2 recipe. uff rugi, but just think positivelah. its a learning process and we can explore the rest. i just wanna know the basic of baking muffin from the master..slalu tgk kat tenet aje.
How much it cost?
Depend on what class are u attending (plus the chef kot.. kalo yg femes, mahal sikit..i guess) . Mine about rm100 (if u are the member, only pay rm90). Cik hubby yg sponsor the fees to show his supports. ;)

There we learn 5 muffin's recipe
-Banana Muffin
-Carrot Muffin
-Coffee Walnut
-Red Velvet
-Corn Muffin

since i come late, i only manage to learn coffee walnut, red velvet and corn muffin jer.. heheh.. but the basic is same..campur sume kasik godek2 sikit then letak dalam piping bag-picit masuk dalam cup.

and here's the result - i bake 'Banana Walnut Muffin' - xder dalam class, pandai2 sendirik..
Testimonial - offismate n my dear. of coz yummylicious since free kan? hahaha... frankly the taste is good (saje perasan), but not great lah kot.
Design butter cream tuh pandai2 sendirik. beli mende alah tuh aritu jugak n test2 ikut suke hati. so, design mmg cam budak tadika lah.
next time teringin nk gi kelas deco cupcake plak kalo ader.. wink~



Kek Batik

Rasernyer ramai yang tau nk wat kek ni..senang sangat.. even time sekolah2 dulu, ramai da pandai wat kek batik ni..
Saje cube balik since hubby suke mkn mende2 bercoklat..projek gemukkan cik hazrin. nice~
okes.. resepi cam di bawah:

Bahan
250g@satu peket biskut merie
200g@satu peket milo
397g @ 1 tin susu pekat - meh letak 3/4 cwn
5 biji telur
1sk esen vanilla
150g butter @ 2/3 cawan
2 sudu besar serbuk koko
1sk nescaffe - optional
2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)

Cara-cara
1. Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang.
2. Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati.
3. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
4. Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
5. Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
6. Keluarkan dan potong. Hidangkan

then jadiklah..senang kan :P~



Puding Buih Pelangi

Hulaa.. da lamer x meng'update blog..cume hangat2 taik ayam jer.

Okie, for those beginner who eager to explore new recipe can try simple pudding below. Credit to hanamemories for the idea. ;)

Panjang giller step, i just paste kat bawah laa.. and resultnye seperti dibawah.


Resepi spt dibawah:

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.8 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam
 
cara membuat puding:
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
 
cara membuah kuah:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
 
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
 
##bg yg nak buat sikit jer boleh guna sukatan ni:
2 paket agar2 serbuk ~ 1pkt 10gm
1.2 liter air
6 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
4 bj telur A ~ simpan 1 kuning telur utk digunakan dlm kuah
esen vanila
pewarna/emulco yg disukai



so, HAPPY TRYING yer ..;)